KUALA LUMPUR, 10 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman dua anggota penguat kuasa disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,000 sebagai balasan untuk tidak menangkap pengadu kerana menjual rokok tanpa cukai.
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30-an itu ditahan kira-kira pada pukul 2 .00 pagi tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Mahkamah Georgetown pagi tadi dan Majistret Syahirah Abdul Salim memerintahkan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 14 Jun depan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.