fb fb fb fb fb

Kes langgar atlet kayak, pembantu penyelia kilang mengaku tidak bersalah

Tertuduh, R.Dhinesh, 31 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid

JOHOR BAHRU, 16 Mei Seorang pembantu penyelia kilang di Senai didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh akhohol sehingga menyebabkan kecederaan kepada atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, Sabtu lalu. 

Tertuduh, R.Dhinesh, 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memandu sebuah kereta dengan kandungan alkohol yang tinggi di dalam badan.

Kesalahan dilakukan tertuduh di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) pada petang, 11 Mei lalu. 

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis terdekat.

Salain itu, lesen memandu tertuduh juga digantung sehingga kes tersebut selesai. 

Sebutan kes ditetapkan pada 24 Jun depan.

 

BERITA BERKAITAN: 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN