IPOH, 21 Januari- Tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini berhubung insiden melontar molotov cocktail di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan ketika dihubungi RTM memaklumkan tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Pihaknya juga telah menerima laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Hasil siasatan menemukan bahan petrol dalam molotov coctail yang menjadi punca kebakaran.
Polis sebelum ini telah menahan seorang lelaki berusia 30-an di Shah Alam pada 12 Januari lalu sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan.
Lelaki tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis namun masih menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan.