JOHOR BAHRU, 21 Januari- Seorang lelaki warga asing tekad berbogel di tempat awam, di sini awal pagi kelmarin kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggal teman wanita.
Perbuatan tidak senonoh itu disedari seorang wanita yang bekerja sebagai penjaga hotel berhampiran, sebelum bertindak menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, suspek yang masih berjalan di tempat awam dalam keadaan bogel, ditahan pada pukul 1:38 minit pagi.
Semakan mendapati suspek berada dalam keadaan siuman, dan tidak berada dibawah pengaruh dadah dan alkohol.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua – duanya sekali.