fb fb fb fb fb

Kes ikat, pukul: Dua lagi ditahan, semua terlibat akan diburu - Polis

Hussein Omar Khan

PETALING JAYA, 23 Februari- Dua lagi individu ditahan disyaki terlibat dengan kes ikat dan pukul seorang pemandu sehingga maut selepas kemalangan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan terhadap dua lelaki tersebut dibuat di Kajang semalam.

Menurut beliau, polis akan mengenal pasti dan menangkap semua yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Sehingga sekarang polis telah menangkap tujuh orang dan beberapa rakaman video juga telah viral, kita masih teruskan siasatan. Tujuh orang itu masih direman lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa positif dadah jenis syabu dan ganja serta mempunyai 10 rekod dadah sebelum ini.

Hasil bedah siasat juga mendedahkan tiada kecederaan ketara yang boleh menyebabkan kematian.

"Jadi kita menunggu analisis makmal yang boleh menentukan sebab kematian," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Setakat ini, polis telah menerima dua laporan daripada pemilik kereta yang mendakwa dilanggar oleh mangsa pada hari kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN
SKMM gesa padam video lelaki diikat, dipukul hingga maut

SITI AISHAH MD ISA