fb fb fb fb fb

Kes dera anak, polis Melaka nafi kematian bayi usia dua bulan

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar/BERNAMA

BUKIT BERUANG, 9 Mei- Polis Melaka nafi dakwaan bayi lelaki berusia dua bulan yang mengalami parah dan koma selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya, meninggal dunia.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi malang berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sihat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.

Katanya, orang ramai dinasihat untuk tidak percaya dan menularkan berita-berita palsu seumpama ini.

"Kejadian ini pada 6 April. Kita dapati penjaganya telah menghantar bayi itu ke sebuah klinik di Alor Gajah kemudian pihak klinik mendapati keadaan bayi itu amat kritikal dan dirujuk ke Hospital Melaka. Pihak hospital memaklumkan terdapat kecederaan pada leher, calar dan lebam pada bahagian dada dan setelah dibuat 'CT Scan' terdapat pendarahan lama di bahagian kepala.

Susulan itu, pihak hospital telah membuat laporan polis dan kita telah memulakan siasatan. Kita telah menahan suami isteri yang berumur 22 tahun, berasal dari Alor Gajah, Melaka yang disyaki terlibat dalam kes ini. Bagaimanapun, situasi bayi tersebut stabil dan tidak meninggal dunia," kata Datuk Dzulkhairi kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutup Kursus Asas light Strike Forse IPK di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka.

Tambah Datuk Dzulkhairi, kertas siasatan berkenaan telah lengkap dan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan, hari ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan, Kursus Asas Light Strike Force (LSF) yang dijalankan adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka berlangsung tahun depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM