fb fb fb fb fb

Kes culik budak perempuan, suspek cenderung laku jenayah seks

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 8 Ogos- Motif sebenar kes penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6 tahun, dipercayai disebabkan suspek mempunyai kecenderungan salah laku seks terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, suspek lelaki berumur 31 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan polis daripada ibu bapa lain, setakat ini.

"Saya ingin menerangkan di sini pedofilia ini adalah nama klinikal dan saya rasa untuk menggunakan nama klinikal mesti ada kepakaran daripada sudut ini saya rasa doktorlah bukan saya, tapi siasatan dan bahan-bahan yang kita rampas menunjukkan kecenderungan suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor Bahru di sini.

Suspek berdepan dengan 15 pertuduhan secara berasingan, hari ini, kerana menculik seorang kanak-kanak berumur enam tahun dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Selain memiliki bantal panjang bergambarkan animasi kanak-kanak perempuan berseluar pendek dan berbogel, serta alat sulit palsu wanita di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Kulai, Johor.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM