fb fb fb fb fb

Kes cederakan bekas isteri, hukuman penjara 10 tahun kekal

Keputusan mahkamah kekal terhadap tertuduh Rosmaini Abd Raof/RTM

JOHOR BAHRU, 4 November - Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga yang disabit menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri, Jahidah Nordin, 47 tahun, pada empat tahun lalu.
 
Keputusan dibuat Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad, selepas menolak rayuan tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 42 tahun dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, sebelum ini.
 
Hakim turut menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengubah hukuman penjara 10 tahun berkenaan.
 
Bagaimanapun hakim membenarkan penangguhan hukuman, sementara menunggu rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
 
Selain tambahan syarat jaminan bercagar ditingkatkan kepada RM25,000 dengan seorang penjamin serta melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
 
Pada 9 Disember 2024, Mahkamah Sesyen Johor Bahru menetapkan hukuman penjara ke atas tertuduh, selepas didapati menyebabkan kecederaan sehingga koma, terhadap bekas isteri ketiganya, di sebuah rumah di Johor Bahru pada Mei 2021.
 
 
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ