fb fb fb fb fb

Kes bunuh, pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 JULAI -Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Sentul, dua bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, K. Nagentherah, 39 tahun selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, M.S. Arunjothy.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.

Sebutan semula kes 10 September depan.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI