fb fb fb fb fb

Kerani rugi RM85,000 terpedaya pinjaman wang tidak wujud

FOTO HIASAN

KUANTAN, 14 Februari - Terpedaya dengan pinjaman wang tidak wujud menerusi media sosial, seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM85,000.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam satu kenyataan berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam.

Mangsa 43 tahun sebelum itu, telah melihat iklan pinjaman wang pada 17 Januari lepas di laman Facebook dan berminat membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000.

"Mangsa kemudiannya telah diminta menyerahkan butiran peribadi seperti slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank bagi tujuan proses pinjaman wang.

"Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran antaranya bagi duti setem, mengaktifkan akaun, deposit bayaran balik yang kesemuannya berjumlah RM85,000.

"Mangsa telah menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakannya untuk membayar wang berkenaan dengan melakukan 34 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza," katanya.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu

TETITIA YUSOFF