fb fb fb fb fb

Kerani rugi lebih RM100,000 akibat skim pelaburan tidak wujud

DUNGUN, 26 Mei - Seoerang wanita, 40 tahun kerugian RM109,000 selepas terperdaya dengan sindiket skim pelaburan tidak wujud diiklankan menerusi Facebook, pada Mac.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir dalam kenyataan berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani mendakwa telah berurusan dengan seorang ejen syarikat pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp.

"Mangsa diarah membuka akaun pelaburan dan membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah RM3,000 ke akaun itu, namun tidak menerima sebarang keuntungan selepas menunggu selama dua minggu.

"Disebabkan itu, suspek meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi pelaburan berlainan bagi mendapatkan keuntungan dan wanita terbabit telah mengikut arahan berkenaan," katanya.

Maizura berkata secara keseluruhan, mangsa membuat tujuh transaksi pemindahan wang berjumlah RM109,000 dalam tempoh dua bulan bermula April.

Beliau berkata wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun semalam selepas tidak menerima sebarang keuntungan dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF