JOHOR BAHRU, 8 Mac- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menyita empat buah bas di Johor Bahru, semalam, kerana mengenakan tambang berasingan kepada penumpang yang hendak memasuki negara, dari Singapura.
Kesalahan dikesan, menerusi Op Khas Perkhidmatan Awam yang dijalankan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Menerusi kenyataan JPJ Johor, tambang berasingan itu dikenakan kepada penumpang yang menaiki bas dari Woodlands, Singapura ke BSI Johor Bahru.
Operasi turut menahan pemandu bas terlibat bagi membantu siasatan.
Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, kerana melanggar syarat pengendali.