JOHOR BAHRU, 15 April- Seorang pengurus syarikat direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagi membantu siasatan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM110,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat.
Lelaki berusia 34 itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM cawangan Mersing, pukul 8.00 malam tadi.
Dia dipercayaj mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu ke Jabatan Perikanan Negeri Johor berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan sedangkan pembekalan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dengan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.