fb fb fb fb fb

Kemuka tuntutan palsu RM110,000 tiga peniaga mengaku tidak bersalah

(Tertuduh diiringi pegawai ketika meninggalkan kompleks mahkamah)

AYER KEROH, 17 Januari- Tiga peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM110,000 dua tahun lalu.

Tertuduh Darus Jidin 49 tahun; Kamaruddin Ab Kadir, 58 tahun serta Mohd Fahmi Fikri Mohd Nor 30 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Darus yang merupakan pemilik Syarikat DJ Warisan Enterprise dituduh memperdaya PERKESO dengan mengemukan dokuman pernyataan palsu dalam borang Pengesahan Pekerja Program Insentif untuk menuntut insentif berjumlah RM46,400 kepada seorang ejen PERKESO, M.Nittiya pada 9 Mac 2021.

Tertuduh didakwa mengemukakan nama pekerja baharu dalam dokumen berkenaan sedangkan nama tersebut bukan pekerja syarikatnya.

Kamaruddin didakwa membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,800 ringgit pada pada 8 Mei 2021 manakala Mohd Fahmi Fikri berjumlah RM38,700 pada pada 29 Mei 2021.

Perbuatan dilakukan di Wisma Perkeso MITC, Ayer Keroh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Elesabet membenarkan Darus diikat jamin sebanyak RM10,000 manakala Kamaruddin dan Mohd Fahmi Fikri masing-masing diikat jamin sebanyak RM8,000.

Ke semua tertuduh diperintah melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

17 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.


(Tertuduh diiringi pegawai ketika tiba di mahkamah)

Media Baharu