fb fb fb fb fb

Cubaan seludup diesel dipatahkan KPDN P. Pinang, lelaki tempatan ditahan

(Penguatkuasa memeriksa tangki yang diubah suai)

BUKIT MERTAJAM, 17 Januari- Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan seorang lelaki tempatan bersama sebuah ‘motolori bonded’ ketika sedang menyeludup minyak diesel.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.50 petang semalam di sebuah stesen minyak dekat Bukit Mertajam.

Menurut Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan, serbuan dibuat setelah mendapati lori terbabit berada dalam keadaan mencurigakan.

Hasil serbuan, sebanyak 3,200 liter minyak diesel ditemui di dalam enam unit tangki yang telah diubahsuai pada lori berkenaan.

KPDN kemudian menyita lori terbabit, minyak diesel, motor pump dan set hos, sebuah telefon bimbit dan wang tunai.

Keseluruhan sitaan terbabit dianggarkan bernilai lebih RM29,000.

Lelaki berkenaan direman dua hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


(Kenderaan jenis 'motolori bonded' yang digunakan untuk menyeludup diesel)

Media Baharu