fb fb fb fb fb

Kelindan lori ditahan kerana cederakan abang kandung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Seorang kelindan lori ditahan kerana disyaki mencederakan abangnya menggunakan pisau di rumah mereka di Bandar Baru Ampang di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azam Ismail dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di Bandar Baru Ampang dan turut merampas pisau sepanjang 30 sentimeter.

"Mangsa bertengkar dengan suspek berpunca daripada masalah kewangan sehingga suspek bertindak mengambil sebilah pisau dan melibas ke arah kaki mangsa.

"Mangsa yang berumur 25 tahun itu dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan mengalami luka torehan pada betis dan siku kanan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah, namun mempunyai dua rekod kesalahan jenayah lampau.

Lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda yang membahaya.

Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI