fb fb fb fb fb

Bekas pensyarah, akauntan rugi ditipu sindiket dalam talian

Foto hiasan

SHAH ALAM, 9 Februari- Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan, berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan berkata, bekas pensyarah berusia 61 tahun itu dalam laporannya menyatakan dihubungi suspek yang menyamar sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

"Suspek memaklumkan kononnya bekas pensyarah tersebut pernah menjalankan aktiviti perjudian serta pengubahan wang haram.

"Bekas pensyarah berkenaan juga mengumpulkan semua wang yang dimilinya dan diarah meletakkan dua kad banknya di tepi jalan untuk diambil suspek," kata kenyataan itu.

Mangsa menyedari sebanyak 262 traksaksi wang berjumlah RM1.43 juta dibuat daripada kedua-dua akaun bank miliknya.

Sementara itu seorang akauntan lelaki berusia 55 tahun pula kerugian RM5.04 juta, akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada mana-mana individu tidak dikenali.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI