fb fb fb fb fb

Jurugambar cederakan dua pereka fesyen direman 2 hari

FOTO IG razmanrazmi1

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Polis hari ini mengesahkan kes pukul membabitkan seorang jurugambar dengan dua pereka fesyen, yang berlaku malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shahrulnizam Ja'afar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11 malam.

Suspek, seorang jurugambar telah menyerang sehingga mendatangkan kecederaan terhadap dua mangsa lelaki masing-masing 53 dan 47 tahun pada pukul 11 malam.

"Kejadian berlaku di ruang legar aras satu, sebuah hotel di Petaling Jaya. Suspek berusia 30 tahun berjaya ditahan di tempat kejadian oleh pihak polis.

"Turut dirampas adalah sebuah kamera yang digunakan sebagai senjata di dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan boleh menyalurkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222," katanya lagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE