KUALA LUMPUR, 4 Januari- Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan penurunan sebanyak 30,536 kes bagi Januari sehingga Disember 2022, berbanding 31,490 kes untuk tempoh sama pada 2021.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kes penipuan dalam talian turut merekodkan penurunan iaitu 20,041 kes pada Januari sehingga Disember 2022 berbanding 20,701 untuk tempah sama pada 2021.
Jelas beliau, penurunan kes terbabit membuktikan keberkesanan pelbagai siri kempen kesedaran yang telah dijalankan JSJK sepanjang tahun lalu.
Kesinambungan kempen kesedaran anti-scam itu, JSJK dengan kerjasama ‘Whoscall’, hari ini meluncurkan sebuah lagu berjudul “Be Smart Stay Alert” untuk terus memberi kesedaran kepada masyarakat dari menjadi mangsa scammer.
(Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din)
Menerusi kempen terbaharu tersebut, satu aplikasi dikenali 'Whoscall' turut diperkenalkan yang boleh dimuat naik di telefon bimbit masing-masing.
Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh mengenal pasti panggilan telefon yang dibuat penipu atau scammer.