fb fb fb fb fb

JSJK buka 1,918 kertas siasatan kes tipu dalam tempoh dua minggu ini

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membuka sebanyak 1,918 kertas siasatan membabitkan penipuan dalam talian yang membabitkan kerugian RM92 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka itu merupakan dalam tempoh dua minggu pertama pada tahun ini.

“Berlaku peningkatan 42.7 perarus berbanding tempoh sama tahun 2023 (1,344 kes).

“Kes-kes penipuan atas talian terus mencatatkan jumlah tertinggi daripada jumlah keseluruhan kes yang disiasat sebanyak 1,654 atau 86.2 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagi tempoh yang sama juga, beliau memaklumkan nilai kerugian direkodkan adalah sebanyak RM72 juta sepanjang tempoh tersebut.

“Berlaku peningkatan 81 peratus berbanding nilai kerugian yang direkodkan bagi tempoh sama tahun 2023 iaitu sebanyak RM39 juta,” katanya.

Katanya, tiada pemahaman ialah faktor utama kes jenayah komersial terutama membabitkan penipuan dalam talian terus mencatatkan peningkatan.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru kesemua lapisan masyarakat untuk sama-sama bertindak dan mengambil bahagian dalam usaha pencegahan jenayah komersial.

GRACE AISYAH KEDAYAN