fb fb fb fb fb

JPJ Kedah sita kenderaan mewah tamat LKM, insuran

FOTO JPJ KEDAH

ALOR SETAR, 18 Ogos – Dua kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah selepas didapati cukai jalan dan insurans perlindungan tamat tempoh.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, sebuah Audi A5 hitam dipandu lelaki berusia 40-an ditahan di lampu isyarat Jalan Langgar, Alor Setar, hasil rondaan rutin anggota penguat kuasa. Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh sejak 26 Mac tahun lalu, manakala insurans pula akan berakhir 26 September ini.

Dalam operasi berasingan di Pekan Baru, Jitra, sebuah BMW 520D putih dipandu lelaki berusia 30-an turut ditahan. Semakan mendapati LKM dan insurans kenderaan itu tamat tempoh pada 8 Mei lalu.

Kedua-dua kenderaan berkenaan melanggar peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan itu  dilaksanakan menerusi Ops Luxury, operasi berfokus JPJ di seluruh negara bagi menangani pelbagai kesalahan membabitkan kenderaan mewah.

JPJ menasihatkan orang ramai agar memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan tepat pada masanya bagi mengelak tindakan undang-undang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE