fb fb fb fb fb

JPJ Kedah saman lelaki ubah suai kereta untuk seludup petrol

FOTO JPJ KEDAH

KUBANG PASU, 26 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah menyita sebuah kereta buatan tempatan keluaran tahun 1986 yang telah diubah suai dipercayai bagi kegunaan aktiviti penyeludupan minyak petrol.
 
Kereta tersebut ditahan pasukan penguatkuasa JPJ Kedah dalam rondaan rutin di sekitar Kampung Paya Nongmi menghala ke Pekan Changlun di Kubang Pasu, Kedah.
 
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, hasil pemeriksaan mendapati, Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan kenderaan tersebut juga tiada insuran.
 
Lebih mengejutkan, kenderaan tersebut dilengkapi dengan tangki petrol tambahan yang dipercayai digunakan untuk menyeludup petrol.
 
Ketika pemeriksaan, tangki tambahan tersebut tidak mempunyai minyak petrol.
 
Namun pihak penguat kuasa percaya bahawa tangki tambahan itu bertujuan untuk kegiatan seludup bahan api.
 
Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kereta berusia 43 tahun itu dan kenderaan tersebut telah disita.
 
Tegas beliau, pihaknya sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
 
Aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan ini boleh disalurkan melalui Aplikasi MyJPJ melalui menu e-Aduan@jpj atau aduan email JPJ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE