fb fb fb fb fb

JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM1.48 juta

JKDM Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup bernilai RM1.48 juta - Foto Ihsan JKDM

KOTA BHARU, 1 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.48 juta termasuk cukai.

Serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong pada pukul 10.30 pagi 7 Mei lalu, dijalankan Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu hasil risikan dan maklumat awam.
   
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah dan sebuah kenderaan jenis Toyota Inova di lokasi berkenaan menemui rokok berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah menjadikan rumah sewa sebagai tempat penyimpanan rokok seludup sebelum ia diedarkan kepada pelanggan.
 
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
 
Beliau turut menggesa orang ramai membantu pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK