JOHOR BAHRU, 10 Februari- Seramai 24 warga asing dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Selera di beberapa gerai tular di TikTok sekitar Johor Bahru,
Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata kesemua tahanan terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita Indonesia, empat lelaki Yaman serta lima lelaki Pakistan yang masing-masing berusia antara 20 hingga 52 tahun.
Tindakan diambil hasil aduan orang awam yang mengatakan terdapat warga asing yang bekerja di gerai berkenaan dipercayai tinggal lebih masa dan bekerja tanpa permit sah.
Hasil pemeriksaan mendapati warga asing tersebut menyalahgunakan permit untuk bekerja di premis berkenaan.
JIM turut mengeluarkan sembilan notis hadir ke pejabat kepada individu yang ditahan bagi membantu siasatan.
Kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.