fb fb fb fb fb

JAINJ rampas 11 alas kaki tertera imej Kaabah

Alas kaki yang tertera imej Kaabah dirampas pihak JAIJ/Foto tular

JOHOR BAHRU, 13 April - 11 alas kaki tertera imej kaabah dirampas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan polis, menerusi serbuan di sebuah pasaraya di sekitar Batu Pahat, pada Selasa lalu.
 
Exco Hal Ehwal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid yang dihubungi RTM berkata, pengurusan pasar raya itu juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
 
"Amaran juga diberikan kepada pihak terlibat supaya tidak menjual sesuatu produk yang menyentuh sensitiviti masyarakat," katanya.
 
Ujarnya, pemeriksaan dan pemantauan telah dibuat sehari sebelum Hari Raya lalu selepas menerima aduan orang awam.
 
Justeru, masyarakat diminta bertenang dan memberi peluang dan ruang untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan alas kaki bergambar Kaabah dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat selain tular di media sosial.

GRACE AISYAH KEDAYAN