fb fb fb fb fb

Jaga kaunter lapangan terbang, mampu miliki 3.2 kg emas bernilai RM1.6 juta?

Foto SPRM

KUALA LUMPUR, 14 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai barangan mewah termasuk barang kemas seberat kira-kira 3.2 kilogram bernilai anggaran RM1.6 juta dan 75 kepingan emas bernilai kira-kira RM400,000 daripada enam individu yang disyaki terlibat dengan sindiket 'counter setting', baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata hasil daripada penggeledahan menerusi Op Rentas itu, SPRM Selangor telah membuat sitaan terhadap pelbagai harta hasil wang rasuah pada 9 dan 11 September lalu.

Beliau berkata, lima daripada pemilik barangan ini merupakan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di lapangan terbang dipercayai menerima wang daripada ejen-ejen sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini.

"Antara barangan lain yang turut disita adalah sebidang tanah lot, rumah, beberapa buah kenderaan mewah, pelbagai jenis beg tangan dan jam tangan berjenama sebanyak 20 utas yang bernilai anggaran RM100,000 serta wang tunai RM20,000.

"SPRM Selangor juga telah membeku akaun-akaun yang berkaitan sebanyak 70 akaun bank yang menjadikan keseluruhan sitaan berjumlah sekitar RM3.3 juta", katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Trainee