fb fb fb fb fb

Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang terkait dengan beliau.

Proses tersebut dilakukan hari ini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenderaan yang membawa beliau tiba di SPRM pagi tadi, bagi kali keempat bagi tujuan memberi keterangan.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bera disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE