fb fb fb fb fb

Inkues kematian Zara Qairina masuk hari ke-23

FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 15 Oktober - Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-23 hari ini di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Saksi ke-23 yang juga saksi kanak-kanak ke-14 mula memberi keterangan bersumpah secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, dengan ditemani abangnya.

Pasukan pengendali kes mengesahkan kehadiran saksi tersebut dan memaklumkan keterangannya dijangka selesai pada petang ini.

Semalam, dua lagi saksi kanak-kanak masing-masing saksi ke-12 dan ke-13 selesai memberi keterangan di mahkamah sama.

Dalam pada itu, pasukan pakar Forensik Pemeriksaan Dokumen turut meneruskan analisis terhadap eksibit dokumen, yang kini memasuki hari ketiga pemeriksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE