fb fb fb fb fb

Hukuman gantung diketepikan, enam bekas pelajar UPNM dipenjara 18 tahun

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Februari – Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menerima rayuan akhir kesemua perayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman mati.

Dalam penghakimannya, Datuk Seri Hasnah menyatakan bahawa elemen kecederaan yang menyebabkan kematian tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN