GEORGETOWN, 25 Julai- Tiga wanita pelayan (GRO) warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini malam tadi (Rabu).
Penahanan dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, melalui Ops Gegar, selepas menerima aduan orang awam terhadap kegiatan tidak bermoral di lokasi terbabit.
Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim mengesahkan, penahanan membabitkan warga Thailand, Laos dan Vietnam.
"Disyaki mempunyai ejen ejen tertentu yang mengawal kegiatan mereka melalui sistem laman sesawang yang telah dibuat oleh orang tengah.
"Kita syaki mereka ini memberi layanan VIP dan semasa tangkapan kita dapati ada yang memegang wang tunai RM16,000 dan ke atas", katanya di sini.
Pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga suspek masuk ke negara ini secara ‘berulang-alik’.
Suspek kemudiannya dibawa ke JIM Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.
Kes di siasat bawah Akta Imigresen 1959/63.