fb fb fb fb fb

Hotel bajet jadi sarang pelacuran, imigresen tahan empat wanita

Foto FB JIM Johor

JOHOR BAHRU, 2 Oktober – Empat wanita warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet berhampiran Kebun Teh di sini pada Selasa, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM230.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kesemua mereka terdiri daripada tiga wanita warga Laos dan seorang Myanmar berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Menurutnya, hasil risikan mendapati mereka turut menyalahgunakan pas imigresen selain dipercayai berperanan sebagai penjaga premis dengan menjadikan penginapan itu sebagai lokasi aktiviti tidak bermoral.

“Kegiatan tersebut dipromosikan melalui aplikasi Telegram bagi menarik pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk penyalahgunaan pas lawatan bekerja.

Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN