fb fb fb fb fb

Hampir 2,000 produk vape disita dalam operasi bersepadu di Johor Bahru

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon turut turun padang dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Sitaan Produk Vape di KSL Mall

JOHOR BAHRU, 27 September - Sebanyak 1,997 produk vape telah disita dalam satu Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Sitaan Produk Vape di KSL Mall, di sini.

Dalam operasi bersama Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu, antara yang dirampas ialah peranti serta perisa vape.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, berkata lapan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, manakala dua lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7(1) akta yang sama.

“Sekiranya disabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kerajaan negeri Johor telah melarang jualan serta tidak membenarkan lesen penjualan vape dan rokok elektronik sejak tahun 2016.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE