fb fb fb fb fb

Empat pasangan ditahan berkhalwat di Johor Bahru

FOTO MBPG

JOHOR BAHRU, 31 Januari- Empat pasangan beragama Islam yang tidak memiliki sijil pernikahan sah ditahan dalam Operasi Lunar oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersama Bahagian Penguatkuasaan Agama Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru kerana dipercayai berkhalwat pada Rabu lalu.

Operasi menyasarkan beberapa hotel sekitar Bandar Masai dan Seri Alam itu melibatkan pemeriksaan ke atas lima premis.

Menurut MBPG, tindakan diambil bagi membanteras kegiatan khalwat di kawasan berkenaan.

"Kesemua pasangan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Agama Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 21(1)(a)&(b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 berkaitan kesalahan khalwat," menurut kenyataan.

MBPG menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

SITI AISHAH MD ISA