fb fb fb fb fb

Kes langgar lari Klang Lama: 5 suspek ditangkap, 3 lagi masih dicari

Tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan dua kenderaan merempuh sekumpulan lelaki secara melulu di Jalan Klang Lama/Foto tular

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Polis berjaya mengesan dan menangkap lima suspek kes langgar lari di hadapan Kelab Top Plus, Kuala Lumpur semalam.

Kelima-lima suspek itu diberkas di sekitar Banting, Selangor serta didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata pihak polis dalam usaha mengesan baki tiga lagi suspek yang masih bebas selain meminta agar suspek tersebut hadir menyerah diri kepada pihak polis.

Beliau berkata, dalam kejadian sekitar 6.18 pagi semalam, satu laporan polis telah dibuat berkaitan insiden langgar lari.

Laporan menyebut menyebut, dua buah kenderaan didapati keluar dari tempat letak kenderaan serta dipandu secara melulu.

Kedua kenderaan tersebut telah melanggar sekumpulan lelaki mengakibatkan dua mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kes itu masih dalam siasatan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan ditahan reman," kata Datuk Azry.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE