fb fb fb fb fb

Empat lelaki ditahan, curi motosikal di Kuching

Empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam tiga kes curi motosikal di Jalan Gertak dan kawasan Metrocity, Kuching

KUCHING, 10 Mac- Polis Kuching berjaya menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam tiga kes curi motosikal di Jalan Gertak dan kawasan Metrocity.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa menerusi satu kenyataan media berkata, suspek berumur 31 hingga 38 tahun itu dicekup di empat lokasi berasingan di Kuching, Khamis lalu.

Turut dirampas, dua buah motosikal, satu unit tangki minyak motosikal dan topi keledar yang pernah dilaporkan hilang.

Hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, selain memiliki rekod jenayah lampau melibatkan dadah, harta benda dan kekerasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga Selasa depan.

ROSLINA BINTI DIN