fb fb fb fb fb

Bayi lelaki maut dicampak dari tingkat atas kondominium

Foto Polis

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan maut dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di sekitar Sri Petaling hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

"Mangsa yang ditemukan masih bertali pusat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis," katanya menerusi kenyataan itu.

Ku Mashariman turut menggesa orang ramai yang berada di sekitar lokasi agar tampil memberi keterangan kepada pihaknya jika mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Katanya, sebarang perkembangan mengenai kes itu akan dimaklumkan kemudian.

TETITIA YUSOFF