fb fb fb fb fb

Bayi lelaki maut dicampak, Polis rakam keterangan dua saksi

Lokasi bayi ditemukan maut, dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, semalam

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Polis telah merakam keterangan dua saksi kejadian kes bayi lelaki maut dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Ku Mashariman Ku Mahmood, rakaman percakapan dua individu tersebut bagi membantu siasatan.

Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Ku Mashariman berkata, pihaknya meneliti segala kemungkinan dan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, proses bedah siasat terhadap bayi itu akan dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira pukul 2.00 petang ini.

Semalam, seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling.

ROSLINA BINTI DIN