fb fb fb fb fb

Elak pemeriksaan polis, pemandu kereta didapati positif dadah

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 27 Julai- Video tular yang memaparkan pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) mengejar sebuah kereta di Taman Impian Emas, Johor Bahru baru-baru ini, adalah berpunca daripada tindakan pemandu kereta yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Balveer Singh berkata kejadian berlaku pukul 11.20 malam, Sabtu lalu selepas sepasukan polis menjalankan tugas pencegahan jenayah.

Polis kemudian berjaya menahan dua individu yang berada di dalam kereta terlibat iaitu seorang lelaki berumur 27 tahun dan seorang wanita berumur 20 tahun.

Hasil ujian urin mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM