fb fb fb fb fb

Edar dadah, suami isteri antara yang ditahan polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang juga Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin / Foto RTM

GEORGETOWN, 8 Mac - Tiga lelaki warga tempatan dan seorang wanita diberkas pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sekitar negeri itu.

Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi operasi terancang sekitar Daerah Timur Laut yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang juga Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berbeza.

Menurut Kok Chin, serbuan pertama berjaya menahan dua suspek di kawasan parkir kereta di Georgetown, manakala serbuan kedua dan ketiga berjaya menahan suspek yang dipercayai pasangan suami isteri di Tanjung Tokong.

Tambah Kok Chin,hasil ketiga-tiga serbuan, pihaknya telah merampas dadah dipercayai ganja seberat 21,000 gram terdiri daripada 5 ketulan mampat ganja, 14 ketulan mampat daun-daun kering ganja serta 14 bungkusan plastik ganja.

Kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM66,000.

Sebuah kereta dan motosikal turut disita pihak polis.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk sitaan melibatkan RM78,500.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD