fb fb fb fb fb

Edar dadah : Lelaki ditahan polis di Bagan Datuk

Foto hiasan/ RTM

IPOH, 13 Januari-Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah di Bagan Datuk pada 7 Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Saariat berkata, suspek tersebut ditahan di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah tokong di Hutan Melintang pada pukul 8.30 malam.

Pemeriksaan ke atas kenderaan menemukan 20 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin seberat 8.645 kilogram dianggar bernilai RM72,000.

Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 5,000 penagih.  

Suspek berusia 43 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman 7 hari bagi membantu siasatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD