fb fb fb fb fb

Dua wanita cedera diserang dalam tandas surau

Lokasi dua wanita diserang oleh seorang lelaki di tandas di sebuah surau di Petaling Jaya hari ini

PETALING JAYA, 9 Ogos- Dua orang wanita cedera diserang menggunakan senjata tajam dipercayai pisau dalam tandas sebuah surau berhampiran sekolah rendah agama di Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.48 tengah hari.

Shahrulnizam berkata, suspek lelaki dipercayai warga tempatan sedang giat dikesan polis.

"Kedua-dua mangsa menerima rawatan awal oleh pasukan perubatan Bulan Sabit Merah di lokasi kejadian dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Siasatan telah dijalankan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

SITI AISHAH MD ISA