fb fb fb fb fb

Dua individu ditahan atas kesalahan dadah di Matang Jaya

Gambar Fail

KUCHING, 16 Disember- Polis Sarawak menahan dua individu atas kesalahan berkaitan dadah dalam satu serbuan di Matang Jaya, awal pagi tadi.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13,789.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata serbuan dijalankan pada pukul 3.10 pagi di hadapan sebuah premis kedai di kawasan berkenaan.

Seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta.

Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan dadah jenis syabu, ketamin, erimin-5 serta serbuk campuran ecstasy.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat sekiranya sabit kesalahan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM