fb fb fb fb fb

Dua buruh mengaku bersalah pecah rumah pesara guru

FOTO FAIL

KOTA BHARU, 23 Januari - Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri di sebuah rumah pesara guru pada 16 Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Hazim Maula dan Muhamad Rais Afnan Mohd yang bekerja sebagai buruh membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan niat untuk mencuri di sebuah rumah di Jalan Bayam Kota Bharu, pukl 12.20 tengah malam pada 16 Januari 2025.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman maksimum lima tahun dan boleh didenda dan jika mencuri boleh dipenjara maksimun 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, seorang tertuduh Muhamad Rais Afnan mengaku bersalah memiliki senjata berjadual iaitu buku lima tanpa kebenaran yang sah, pukul 6.45 petang, pada hari sama di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Kesalahan itu didakwa bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pendakwaannya Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan memohon satu tarikh untuk fakta kes bagi jatuh hukum.

Mahkamah menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh untuk fakta kes dan jatuh hukum.

TETITIA YUSOFF