fb fb fb fb fb

Dua anggota penguat kuasa ditahan reman, disyaki terima rasuah

Foto hiasan

ALOR SETAR, 16 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi berkata, ia sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah.

Perintah reman selama lima hari hingga 20 Mac 2025 terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan sekitar pukul 4.30 hingga 5.30 petang semalam di Pejabat SPRM kedah ketika hadir bagi dirakam keterangan.

"Kedua-dua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memiliki dadah," kata Ahmad Nizam. Kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

TETITIA YUSOFF