fb fb fb fb fb

Doktor didakwa cabul kanak-kanak 12 tahun kena reman tujuh hari

(Kompleks Mahkamah Kemaman)

KUALA TERENGGANU, 10 Februari- Seorang pegawai perubatan direman tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan berhubung kes pencabulan seksual yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak 12 tahun di sebuah hospital di daerah Kemaman 8 Februari lalu.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffudin hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata pegawai perubatan berusia 30 tahun Itu ditahan kira-kira pukul 1.50 petang semalam susulan laporan polis dibuat ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Laporan dibuat ibu mangsa apabila mangsa sendiri yang menceritakan kejadian yang berlaku kira- kira pukul 6.00 petang pada hari sama.

Mangsa memaklumkan suspek seorang pegawai perubatan yang merawatnya telah membuka baju, meraba dada seterusnya merakam gambar mangsa menggunakan telefon pintar suspek di dalam bilik rawatan.

Datuk Rohaimi berkata pihaknya percaya terdapat ramai lagi kanak- kanak perempuan menjadi mangsa berdasarkan penemuan beberapa gambar lain di dalam telefon suspek.

Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


(Suspek diiringi polis ketika tiba di perkarangan mahkamah)

Media Baharu