JOHOR BAHRU, 9 April- Tiga lelaki disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, yang berpangkalan di Johor, diberkas hasil tiga serbuan di daerah Johor Bahru dan Batu Pahat, 13 Mac lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memaklumkan, tiga suspek, berumur 18 hingga 25 tahun itu, dipercayai memperdayakan mangsa, melalui tawaran pekerjaan lumayan di Thailand.
Kes juga terkait dengan insiden 25 orang mangsa pemerdagangan yang berjaya diselamatkan Kementerian Luar Negeri Malaysia, 12 Mac lalu.
Hasil siasatan mendapati mangsa telah dibawa ke kawasan terpencil di Myanmar, sebelum dipaksa mencari mangsa lain, bagi membuka akaun keldai di Thailand.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.