fb fb fb fb fb

Dadah bernilai lebih RM43,000 dirampas

Dadah disyaki ganja lebih 15.28 kilogram (kg) yang dirampas

HULU SELANGOR, 10 Februari- Dadah disyaki ganja lebih 15.28 kilogram (kg), bernilai lebih RM43,000 dirampas, dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah Hulu Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, tiga lelaki warga tempatan, dan seorang warga asing ditahan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Semakan mendapati seorang suspek mempunyai rekod lampau kes dadah dan seorang lagi mempunyai kes jenayah lampau.

"Tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1988 bagi menyiasat aset-aset milik sindiket juga turut di jalankan, yang mana pihak polis telah menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux,sebuah motosikal dan wang tunai RM383. kesemua suspek di tahan reman selama 7 hari mulai 9 Febuari hingga 15 Febuari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah", katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati hanya seorang positif dadah dan tiga lagi negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

ROSLINA BINTI DIN