BATU PAHAT, 20 Mei- Cubaan seludup 300 kilogram (kg) syabu berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor dalam satu operasi di perairan Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor, Jumaat lalu.
Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi, dua suspek bertindak melarikan diri ke kawasan cetek sebelum terjun dan meloloskan diri ke kawasan paya bakau.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, pemeriksaan terhadap bot tersebut menemukan 12 guni plastik berisi dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM10 juta.
"Kesemua 12 guni plastik berisi sebuk kristal berat setiap satu guni plastik adalah kurang 25 gram.
"D sini ada 12 guni plastik berwarna kuning dan putih. Di dalamnya terisi lebih kurang 25 bungkusan berwarna oren. Berat setiap satu putusan tersebut dianggarkan kurang daripada 1kg," katanya.
Dadah yang dirampas dihantar ke Makmal Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
Turut dirampas, sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran dan enjin sangkut Yamaha 200 kuasa kuda.
Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.