KUCHING, 1 Julai- Polis Kuching berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun, dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencabul kehormatan.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan itu dibuat pada pukul 6.15 petang semalam (30 Jun) di kawasan jalan berdekatan Taman Sukma.
Beliau menerusi satu kenyataan media memaklumkan hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek telah dikesan negatif dadah.
Namun, hasil semakan lanjut mendapati bahawa suspek mempunyai dua rekod jenayah.
Kes disiasat bawah Seksyen 354/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat.
Semalam, sekitar pukul 1.03 petang, seorang wanita warga tempatan berumur 34 tahun telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.15 pagi, ketika berada di kawasan Jalan Sultan Tengah, apabila didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan mencuba menyapa belakang pengadu.