fb fb fb fb fb

Cederakan isteri, penganggur dihadapkan ke mahkamah

Foto Fail

MUAR, 9 Oktober- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Khamis lalu.

Tertuduh, Joseph Koo Chen Wei, 33 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mencederakan isterinya di Jalan Kim Kee, Taman Temiang Jaya, Muar, pada pukul 12.30 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda RM2,000, dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa Siti Rohayu Salih manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan lain.

Kes disebut semula pada 9 November hadapan.

(Tertuduh, Joseph Koo Chen Wei diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Muar)

Media Baharu